Rabu, 9 Ogos 2017

cara memelihara arnab

                     



        Image result for bunny Image result for bunnyImage result for bunny


                  Cara-Cara untuk Memelihara
                                   Arnab

   Arnab atau di dalam bahasa inggeris dikenali sebagai (rabbit) ialah sejenis mamalia yang kecil 
,gebu dan comel untuk dibela.Nama saintifik arnab ialah Oryctolagus spp.Cara untuk memeliharanya ialah:

   1) Beri makanan dan air bersih setiap hari. Pemberian kuantiti makanan adalah berbeza-beza bagi arnab diusia bawah 5 bulan dengan arnab diusia 6 bulan ke atas. Arnab yang usianya bawah 5 bulan perlu diberi makan pellet secukupnya, manakala 6 bulan ke atas harus disukat kuantiti pelletnya bergantung kepada berat dan usia arnab. Timothy hay baik untuk arnab 6 bulan ke atas sebagai makanan ruji iaitu pemberian tanpa had, baik di siang hari atau malam hari. Manakala alfalfa hay baik untuk anak arnab bawah 5 bulan dan untuk induk yang mengandung serta menyusukan anak. Hal ini kerana alfalfa mengandungi kandungan protein yang baik untuk tumbesaran. Sayur-sayuran basah dan buah-buahan boleh diberikan sebagai ‘treat’ kepada arnab anda, tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Waktu malam adalah waktu paling aktif bagi arnab, maka arnab akan makan lebih banyak diwaktu malam. Jadi jangan lupa untuk sediakan makanan yang secukupnya dan bekalkan air bersih yang ditukarkan setiap hari.


Image result for alfalfa hay

         rabbit pellet                                    alfafa hay                                                  timothy hay

2) Bersihkan sangkar arnab dengan kerap. Sangkar yang kotor bukan sahaja akan mengundang bakteria, fungus dan juga makhluk perosak serta mampu membahayakan kesihatan arnab, malahan diri anda juga.
3) Beri perhatian kepada arnab anda setiap hari. Bermainlah dan luangkan masa dengan arnab anda sekurang-kurangnya sekali sehari agar arnab anda rasa disayangi. Jika anda merancang untuk melancong atau ke mana-mana sahaja, pastikan ada individu yang boleh membantu anda untuk menjaga arnab anda.
4) Sediakan permainan untuk arnab anda. Tidak perlu barangan mahal, cukuplah sekadar role tisu yang sudah tidak digunakan, mahupun loceng dan biarkan arnab anda bermain bersama barangan tersebut. Pastinya keletah arnab akan mengundang senyum dibibir anda.
5) Lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik haiwan. Rutin pemeriksaan arnab ke klinik haiwan harus dilakukan, seminimumnya adalah 6 bulan sekali. Hal ini bagi memastikan arnab diberi imunisasi merentang penyakit bahaya seperti kurap dan cacing.
6) Lepaskan arnab anda dihalaman yang bebas makhluk perosak. Pastikan arnab dibiar lepas bebas dikawasan yang tidak terdapat haiwan pemangsa dan makhluk perosak seperti kucing mahupun cacing.
7) Sediakan ruang sangkar yang selesa bagi arnab anda. Jangan letakkan arnab dalam sangkar yang terlalu kecil mahupun terlalu banyak bilangan arnab dalam satu-satu sangkar. Pastikan arnab diletakkan seekor sahaja dalam setiap sangkar bagi memudahkan tugas memantau kesihatan dan proses mengawan arnab anda.
8) Arnab tidak perlu mandi. Lumrahnya, seperti haiwan lain arnab akan membersihkan diri sendiri. Namun jika arnab didapati terlalu kotor, cukuplah sekadar menggunakan ‘dry shampoo’ iaitu shampoo arnab tanpa bilas. Ditakuti jika arnab yang tidak biasa dimandikan akan mati secara tiba-tiba kerana terkejut dengan perubahan suhu badan.

                                       Image result for dry shampoo rabbit
                                                    dry shampoo
9) Pegang arnab dengan cara yang betul. Jangan pegang arnab dengan mengangkat kedua-dua telinganya sahaja kerana dibahagian telinga arnab terdapat jutaan saraf yang dikhuatiri jika tersalah pegang akan membahayakan arnab anda. Genggam kulit belakang badan arnab dan tampung badan arnab dengan sebelah tangan lagi atau peluk arnab macam peluk kucing (itu pun kalau arnab anda tidak menendang dan mencakar).


Itulah cara-cara untuk memelihara arnab.Selamat memelihara arnab (:



Selasa, 8 Ogos 2017

cara memelihara hamster


         
    
                          Image result for hamster

                 Cara-Cara Untuk Memelihara
                              HAMSTER
  
     Hamster merupakan haiwan dari keluarga rodent,sama dengan tikus.Namun hamster merupakan binatang yang comel,lucu dan gebu berbanding saudara bau-bau bancangnya yang lain.Terdapat beberapa jenis hamster seperti Syrian, Chinese, Roborovski, Campbells dan juga Winter Whites. Haiwan ini merupakan haiwan yang biasanya aktif di waktu malam dan biasanya akan tidur pada waktu siang. Namun kita boleh juga mengubah tabiat tersebut tetapi memerlukan masa yang lama. Hamster merupakan haiwan yang jinak namun akan menggigit sekiranya dia berasa takut atau terancam.
BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA TIPS UNTUK MEMBELA DAN MENJAGA HAMSTER:
Sebelum anda ingin membela hamster, pastikan anda membeli kelengkapan2 berikut:
1.Kandang
Kandang hamster berukuran minimal 35 x 40 cm untuk seekor hamster. Semakin besar kandang semakin baik. Kandang untuk hamster beraneka ragam, mulai dari akuarium yang tak terpakai sampai kandang-kandang yang khusus dirancang untuk hamster. Jika Anda menggunakan akuarium, usahakan bagian atasnya tertutup untuk mencegah hamster kabur atau tikus rumah masuk dan melahap hamster Anda. Jika Anda menggunakan kandang berjeruji besi, perhatikan jarak antar jeruji apakah bagus dan cukup rapat untuk hamster Anda. Hamster bisa 'mengecilkan' tubuhnya, membuatnya pipih dan kemudian menggembungkannya lagi. Elastisitas hamster ini patut Anda pertimbangkan.
2.Serbuk Kayu
Serbuk kayu banyak disediakan di mana-mana. Pilih yang tidak berbau bahan-bahan kimia. Terutama untuk serbuk lokal yang murah, kebanyakan serbuk kayu itu berasal dari serutan kayu bekas kayu perabot rumah tangga dan sudah diberi bahan-bahan kimia.
Disamping serbuk lokal, ada juga serbuk impor yang lebih mahal harganya. Tapi penggunaan serbuk ini tentu saja memuaskan. Serbuk kayu lebih kering, lebih bersih, bebas debu, lebih putih dan bebas bahan kimia berbahaya, hal ini menjamin keselamatan hamster dan juga memperindah bulunya(kelembaban bisa merusak penampilan bulu hamster).
Ketebalan serbuk hamster yang baik adalah sekitar 2-3 cm dari permukaan kandang. Jika Anda tidak menggunakan serbuk Anda mungkin bertanya-tanya apa guna serbuk kayu ini:
1.Sebagai alas tidur.
2.Sebagai media penyerap kencing hamster. Bayangkan jika tidak ada sesuatu yang menyerap kencing hamster! Air kencing yang berbau itu akan menempel di bulu hamster dan merusak bulu indahnya dan membuatnya berbau tak sedap!
3.Sebagai tempat berlindung dari panas dan dingin. Anda tidak mungkin mengawasi dan menjaga hamster Anda setiap menit agar tidak kepanasan atau kedinginan kan? Jadi mereka membutuhkan sesuatu untuk tempat mereka berlindung jika udara menjadi 'terlalu' berlebihan buat mereka.
4.Sebagai bahan pembuat sarang. Hamster membuat sarang, biasanya di pojok-pojok favorit mereka. Sarang mereka berbentuk serbuk yang ditumpuk dengan lubang untuk tidur di tengahnya. Ibu hamster biasa meletakkan anak-anaknya dalam sarang ini!
3.Makanan Hamster
Makanan hamster terbaik sampai saat ini tetap dipegang oleh makanan-makanan hamster impor buatan pabrik. Walaupun begitu Anda juga harus tetap waspada dan lebih cermat lagi dalam memilih mana makanan impor yang baik. Beberapa makanan impor mengandung terlalu banyak bahan pewarna, terlalu banyak biji bunga matahari atau bahan-bahan lainnya yang bisa merugikan hamster itu sendiri. Beberapa jenis buah-buahan dan kacang-kacangan bisa diberikan seminggu sekali dalam jumlah terbatas (sedikit sekali!)
Beberapa makanan yang bisa diberikan sebagai snack kepada hamster: (Perhatian: Makanan ini hanya diberikan sebagai snack bukan makanan utama karena bisa mengakibatkan ketidakseimbangan gizi, kerusakan pada sistem kencing, diare, dan kelainan pada proses kehamilan karena obesitas)
Apel,Pir,Pisang,Wortel
Jagung manis (pemberian dalam jumlah banyak bisa mengakibatkan kerontokan bulu)
Kentang (harus direbus dulu)
Kacang tanah,Kacang kulit,Kacang mete,Kacang almond,Kacang kedelai
Roti tawar,Biskuit Cracker,Oatmeal,Corn Flakes
Makanan yang sebaiknya tidak diberikan kepada hamster:
Selada,Kangkung dan seluruh sayuran hijau lainnya (Cai sim, bayam, kai lan, dll),Ketimun
Makanan yang tidak boleh diberikan sama sekali kepada hamster:
Jeruk dan semua bangsa citrus
Cokelat
Makanan yang telah diberi bumbu
Apabila anda sudah menyiapkan segala kelengkapan2 tersebut, berikut merupakan tips2 menjaga hamster anda pula:
1. Beli seekor hamster yang berusia 4 hingga 7 minggu. Hamster lebih mudah dijinakkan semasa usia muda. Terdapat beberapa jenis hamster dan boleh didapati di kedai-kedai haiwan peliharaan.
2. Setelah hamster dan barangan keperluannya dibawa pulang ke rumah, letakkan sangkar di lokasi yang mempunyai pengudaraan yang cukup, jauh dari pancaran sinaran matahari dan tempat yang anda kerap pergi supaya boleh melawat hamster.
3. Taburkan lantai sangkar dengan serpihan kayu sebagai ‘bedding’. Kayu pine adalah yang terbaik kerana menyerap bau dan tidak beracun.
4. Pastikan botol air hamster sentiasa penuh dan bersih dan tergantung di sebelah sangkar pada ketinggian di mana muncung botol boleh dicapai oleh hamster, tetapi jangan manyentuh dan merosakkan ‘bedding’. Basuh dan isi semula air bersih setiap 1 atau 2 hari.
5. Sediakan banyak benda untuk hamster gigit. Hamster suka menggigit tiub kadbod tisu tandas dan tuala tisu.
6. Sediakan sebuah kotak untuk hamster tidur.Boleh disediakan menggunakan kadbod yang dipotong dan dijadikan kotak yang mempunyai pintu. Hamster akan menjadikan kotak tersebut sebagai bilik tidur dan akan memenuhkan kotak tersebut dengan ‘bedding’ dan makanannya. Tetapi terdapat juga sangkar yang memang sudah terdapat rumah @ bilik tidur hamster. Maka tak perlu membuat yang baru.
7. Beri makanan campuran hamster yang telah sedia dijual di kedai sekali atau dua kali sehari. Boleh juga sediakan buah-buahan segar tetapi harus dibersihkan segera kerana hamster akan sakit jika makan makanan yang telah rosak. Apabila memperkenalkan makanan baru, beri dalam jumlah yang sedikit agar sistem perutnya dapat menerima makanan baru.
8. Sediakan sebuah roda senaman (exercise wheel) di dalam sangkar supaya dia dapat bersenam. Hamster juga boleh bersenam di luar sangkar menggunakan hamster ball. Pastikan pintu bilik ditutup semasa hamster bermain hamster ball di luar sangkar. Jika tidak hamster bolah keluar dari bilik dan berkemungkinan jatuh ke tangga dan cedera.
9. Bersihkan sangkar hamster sekurang-kurangnya sekali setiap minggu. Pindahkan hamster ke tempat yang selamat semasa proses membersihkan sangkarnya. Bersihkan setiap kotoran, keringkan dan letak bedding baru sebelum memasukkan semula hamster ke dalam sangkar.
10. Tidak perlu memandikan hamster kerana hamster akan membersihkan dirinya sendiri. Jika hamster berbau teruk, mungkin bau tersebut datang dari ‘bedding’. Bersihkan sangkarnya dengan lebih kerap.
11. Bawa sekali atau dapatkan seseorang yang boleh menjaganya sekiranya perlu meninggalkan rumah lebih dari tiga hari.
Berikut beberapa kesalahan yang sering dibuat oleh pemilik hamster pemula:
1.Memberi makan sayur, wortel atau jagung segar sebagai menu makanan utama. Percayalah hal ini hanya akan merugikan Anda! Pencernaan hamster tidak didesain untuk mencerna makanan-makanan yang mengandung kelembaban tinggi seperti ini. Jika Anda tidak percaya, coba teliti kondisi kandang hamster Anda, apakah selalu kelihatan basah dan kotor? Ini diakibatkan dari pemberian sayur-sayuran segar yang Anda berikan setiap hari! Coba ganti menu makanan hamster Anda dengan yang lebih sesuai yaitu makanan hamster kering yang bisa Anda temui di petshop atau di supermarket. Di Indonesia tersedia beberapa merk seperti : Ultra Blend, XtraVital, Vitakraft, Hamsfood, Hagen, Minimal Goods, Hartz, Nutriblocks, dan masih banyak lagi lainnya. Anda tinggal memilihnya sesuai dengan keuangan dan kebutuhan hamster Anda.
2.Membeli tambahan biji bunga matahari atau kuaci sebagai makanan tambahan. "Hamster saya suka biji bunga matahari dan kuaci, selain itu mereka tidak mau makan yang lainnya." Mungkin Anda tidak tahu kalau tindakan sayang Anda ini justru malah membunuh hamster Anda. Biji bunga matahari dan kuaci adalah salah satu makanan yang mudah disukai oleh hamster tapi pemberian dalam jumlah besar dalam mengakibat beberapa hal diantaranya: obesitas, kurangnya kalsium sehingga pertumbuhan tulang dan gigi menjadi terhambat, kelainan dalam proses kelahiran (ini disebabkan oleh kandungan lemak yang terlalu tinggi pada biji bunga matahari). Kasus yang paling sering terjadi adalah yang terakhir, kelainan pada proses kelahiran. Kelainan ini berujung pada keguguran bayi-bayi hamster tersebut yang merenggut jiwa induk dan anak-anaknya. Jadi berhati-hatilah dalam memberi makan hamster Anda! Menyayanginya bukan berarti memanjakannya!                                                                 
Selamat menjaga hamster!!